MENGEMBALIKAN BENTUK BADAN YANG RAMPING
Bengkung Sendayu Tinggi Amme Corset ini telah dicipta dan dimodenkan rekabentuknya untuk memudahkan para ibu. Penggunaan bengkung adalah rutin wajib yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu masa kini sepanjang tempoh berpantang. Amme Corset yang diperbuat dari kain belacu merupakan bengkung Sendayu Tinggi yang telah diubahsuai untuk memudahkan penggunaannya ketika berpantang.
KEISTIMEWAAN BENGKUNG AMME CORSET
- Diperbuat daripada kain kasa belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa digunakan.
- Mempunyai diameter yang panjang dan mampu menutupi seluruh kawasan perut, bermula dari
- bawah payudara sehingga ke pinggul.
- Mudah digunakan sendirian tanpa perlu bantuan orang lain.
- Boleh digunakan walaupun tidak di dalam pantang.
- Penggunaan bengkung membataskan pergerakan dan mendisplinkan diri sekaligus membantu
- dalam pemulihan dan pembentukan pinggul, merapatkan vagina dan tulang pelvik.
CARA GUNA BENGKUNG AMME CORSET
- Selepas proses mengurut, sapukan Body Tone ke seluruh badan dan Tummy Tone ke bahagian perut serta biarkan sehingga kering.
- Setelah kering, letakkan bengkung mengelilingi kawasan perut dan ikat mengikut keselesaan pengguna bermula dari bahagian bawah ke atas.
- Sebaiknya pakailah Bengkung Sendayu Tinggi setiap masa selama 44 hari atau 60 hari. Bengkung ini hanya dibuka ketika mandi dan buang air sahaja.
- Jika bersalin secara pembedahan, elakkan penggunaan bengkung ini kecuali setelah luka pembedahan tersebut sembuh.
- Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, pengguna digalakkan mengamalkan set penjagaan lengkap Amme 60 Days dari hari 1 hingga hari ke-60.
- Cuci bengkung sebelum menggunakannya bagi mengelakkan ketidakselesaan.
CARA MENGIKAT BENGKUNG AMME CORSET
- Bengkung diletakkan di bahagian belakang badan diantara punggung dan dada.
- Bahagian kanan bengkung dilipat ke hadapan badan terlebih dahulu.
- Tali bengkung kemudiannya dililit seketat yang mungkin mengikut lubang-lubang yang disediakan secara bersilangan bermula dari bawah.
- Ikat bersilang seperti tali ikatan kasut dan sentap untuk lebih kejap dan padat pada tubuh.
- Tarik sekuat yang mungkin untuk mengelakkan bengkung menjadi longgar.
- Ikat bersilang dan kemaskan sehingga ke bahagian atas.
- Lebihan tali bengkung dililit di sekeliling pinggang.
- Simpulkan tali bengkung sehingga tidak terlerai.
- Kemaskan dan ketatkan ikatan bengkung.
Harga : RM 40.00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan